Aku dah letih....,
kesedihan hatiku tiada siapa yang tahu.
Tolonglah berubah.........
aku dah letih menebalkan mukaku menahan malu.
Tolonglah berubah.......
Jangan biarkan lagi aku menangis lagi di khalayak kerana keegoanmu....
sungguh!
letihku sudah maksima............
tangisanku hari tu adalah yang pertama dan terakhir!
aku tidak bergurau
sungguh!
aku tidak bergurau!
Aidil Fitri 2011
Aidil Fitri 2011......... ada suka ada pilu, berderai juga si air mata. mana mungkin hati ibu tidak sayu apabila melihat kesayuan di hati anakanda. Gambar ini hanya lakonan, si ibu dan salah seorang si anak tahu malam Aidil Fitri ada tangis sayu.... anakku, janganlah menangis lagi didepan ibu............... sayu sungguh hati ibu...
Hantar adik ke Jakarta
30 Ogos 2008, jam 4 pagi bertolak dari Shah Alam ke KLIA, adik kena 'check in' jam 5.00 pagi. Bila kami sampai di KLIA, dah ramai kawan-kawan adik yang dah sampai. Sedih saat-saat perpisahan ini kerana lusa, permulaan puasa. Ini bermakna adik akan berpuasa dirantau orang.
mendengar taklimat terakhir dari pihak MARA
Keresahan di hari ini tak dapat di suratkan dengan kata-kata, tersirat teguh di sanubari, Hanya ku mampu, setiap masa iringi doa agar adik dan kawan-kawannya berjaya menyesuaikan diri di sana dan dapat belajar dengan sempurna. Sesungguhnya di ketika ini mereka semua tersangat penat, baharu saja menamatkan kursus di BTN untuk student yang akan keluar negara, uruskan VISA dan terbang....
..check in..
saat-saat sebelum berpisah
'selamat jalan dik dan rakan-rakan....'
Abah, mama, Abe & kak long, angah dan semua anggota keluarga mendoakan adik selamat di sana, sentiasa sihat dan dapat belajar dengan sempurna. insyaAllah akan balik ke Malaysia sebagai seorang doktor.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Jom main-main dengan agar-agar...... Eksperiman yang cepat dan mudah untuk pelajar memahami konsep organisma multisel yang besar mempunyai ...
-
Pelajar biologi tg 4 dan 5 seramai 38 orang bertolak dari SMKNS jam 7.23 pagi. Lama tak keluar jalan-jalan dengan student, sangat seronok ra...
-
...dalam bait-bait kalimah Ar-Rahman, ku sampaikan kata rindu buat cikguku yang satu ini, moga jalannya tidak berliku, moga pilunya teruba...
-
Perbarisan Perasmian Pembukaan - Rumah Merah (Tun Tuah) Rasanya sudah lama SMKNS tidak mengadakan Sukan Olahraga. Masal...
-
Firas Al-Aliuddin bin Zuelfakhar Al-Bukhary, lahir pada 2 Ogos 2009 di HUSM Kota Bharu secara pembedahan. Cucu pertamaku yang comel. Sempat ...
-
Gambar ini ehsan dari FB Doktor Hamid Arshad. Pakar sakit puan yang terkenal. Dapatkan butiran terperinci tentang 'Ovar...
-
30 Ogos 2008, jam 4 pagi bertolak dari Shah Alam ke KLIA, adik kena 'check in' jam 5.00 pagi. Bila kami sampai di KLIA, dah ramai ka...
-
Oogenesis is the process of ovum formation in the ovary.