Ekspresi wajah

Dalam menjalankan tugas, kesedihan adalah lumrah. Banyak cabang kesedihan, sedih dengan kerenah rakan-rakan sekerja, sedih kerana sikap anak-anak didik, sedih dengan kesediaan diri untuk bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan sedih dengan kenangan silam yang meruntun jiwa.
Apalah yang ada pada kesedihan itu. Jika kita renung pantai, ombak yang datang silih berganti, seolah-olah tiada henti. Pasang surut kehidupan, terjelma indah saat kita melihat ombak dan pantai. 
Begitu juga dengan putaran alam, terbit dan terbenamnya matahari, perubahan bentuk bulan daripada anak bulan ke bentuk bulan sabit dan lengkap menjadi bulan purnama, tetap dan akan terus berlaku tanpa henti, hingga ke hujung usia alam ini. Tiada siapa yang akan dapat menghentikannya kecuali takhdir Allah s.w.t.
Kehidupan kita akan berjalan terus samada kita cuba menolak atau melawannya. Menolak kehidupan yang dinamik seolah-olah melawan takhdir Allah terhadap diri kita. Pada saat takhdir menerpa kita tiada daya menepisnya, ketika takhdir menjelma kita tidak mampu menolaknya.
Oleh sebab itu, kita harus berjalan seiring dan sejajar dengan kehidupan yang dinamik. Semua yang ada di alam ini, setiap hari mengalami perubahan. Jika diri kita tidak dinamik, tiada peningkatan dan kekal statik, maka kitalah yang akan rugi dan hancur dimamah usia.
Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Hasan al-Basri;
"sesiapa yang mengyamakan dua harinya, maka dia adalah orang yang paling tertipu, jika hari ini lebih baik dari semalam, maka beruntunglah tetapi jika semalamnya lebih baik dari hari ini, maka mati adalah lebih utama buatnya"
Kelmarin yang penuh duka dan luka biarkan berlalu, jangan diratapi berterusan ke hari esok. Life should go on. Kehidupan perlu diteruskan tanpa henti.

hari ini... 12 jun 2011

Sesi persekolahan penggal kedua dibuka.... berucap di majlis perhimpunan. Pembahagian hadiah sempena Kem Kecemerlangan Pra Elit SPM semasa cuti.
Hari ini............ anak-anak bergerak ke kuantan, pulang kerana percutian telah tamat. Firas dan Hakim tiada lagi disisiku. Berkaca di mataku apabila pulang dari sekolah.... mereka telah tiada....sedih, pilu, sunyi.. itulah cebisanm rasa dihati seorang ibu dan nenek. Inilah rencana hidup... kesinambungan hayat.

Terbayang juga wajah bibik Nur Asma..... meruntun hatiku melihat kepayahannya mencari rezeki disini. Asma seorang yang taat beragama. Doaku agar dia menjaga cucu2 ku dengan baik dan sempurna. Apa yang paling ku suka, alunan zikirnya semasa mendodoikan Hakim. Lemak, merdu dan terasa nyaman sangat.... sekejap je hakim akan terus terlena..... Asma yang berasal dari Aceh, 3 ahli keluarganya mati kerana tsunami. Mencari rezeki di sini selepas ditinggalkan suami, ada anak lelaki berusia 3 setengah tahun, dijaga kakaknya. Katanya, duit yang dikumpul selama 2 tahun ini untuk membuat rumah dan tabungan pelajaran anak. Katanya rumahnya nanti, memadai beli batang pokok nibung kerana harganya murah..... Bibik Asma yang begitu suka makan ulam pucuk ubi cicah sambal belacan......

TELEKOM

Saja tulis untuk suka-suka, nak lepaskan rasa terkilan yang ku pendam. 11 Mac 2011.... talian telepon & streamyx ke rumahku terputus, kabel dicuri sejauh 400 meter. Hari ni 11 Jun 2011, talian telepon ke rumahku kembali pulih. Tiga bulan, entah berapa panggilan aduan kerosakan ke Pusat TELEKOM di KL, entah berapa kali aduan ku buat di Pusat TELEKOM Jertih............... aaahhhhhh...... "semuanya bagai melepaskan batuk di tangga!!!"........akhirnya aku hilang sabar, setelah terlalu banyak ku bazirkan duit untuk membuat aduan ke KL....... maka ?????????????????? (barulah mereka membuat tindakan drastik.... 2 hari siap!..... Terima kasih untuk Che Mat dan adik  ?...... yang bertungkus lumus untuk pulihkan talian telepon dan streamyx tu, budi kalian tetapku kenang... (HARI INI DALAM SEJARAH)

iphone4

tercapai jua hasratku nak pakai iphone.....alhamdulillah......

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman