PERHATIKANLAH KEINDAHAN ALAM SEMESTA

                   Pantai Bukit Keluang Besut. (Gambar ehsan Lokman Hakim 4 Mac 2011)

Hati menjadi lapang dan tenang apabila merenung keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. Melihat serta menikmati lautan luas terbentang ini. Allah telah berfirman mengenai ciptaan-Nya itu:
              "lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpandangan indah"
(Surah An-Naml: 60)

      "Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah maka cubalah kamu tunjukkan kepada-Ku adakah yang telah       diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripada-Nya (yang kamu sembah itu)"
(Surah Luqman: 11)

"katakanlah:"perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(Surah Yunus: 101)

Jauh mata memandang........ tersirat rahsia Allah yang sangat besar di sana.
(Gambar diambil oleh Lukman Hakim pada pagi 4 Mac 2011 di Bukit Keluang Besut)

Einstein pernah berkata bahawa sesiapapun yang memerhatikan alam semesta dengan saksama, akan tahu bahawa yang menjadikannya adalah Zat Yang Maha Bijaksana, dan dengan perhitungan:

"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu yang Dia ciptkan sebaik-baiknya"
(Surah As-Sajdah: 7)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?"
(Surah Al_Mukminun: 115)

Ayat tersebut mengandungi pengertian bahawa semua penciptaan dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dengan hikmah, kerapian dan keteraturan. Siapa pun yang melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan tiap-tiap sesuatu dengan tidak main-main. Dia Maha Agung dan Maha Mulia.
                         Mentari diufuk timur, terbit di awal pagi 3 Mac 2011, (dari LCCT ke LT Sultan Mahmud, KT). Gambar ehsan Lukman Hakim




Lawatan ke Pusat Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian

Pelajar biologi tg 4 dan 5 seramai 38 orang bertolak dari SMKNS jam 7.23 pagi. Lama tak keluar jalan-jalan dengan student, sangat seronok rasanya melayan telatah mereka. Kami telah menyewa bas SMK Tengku Mahmud, bas JPNT. SMKTM diperuntukkan bas kerana sekolah kluster. 
 Taklimat oleh Doktor Siti Mahanum. (gambar diambil dengan izin)

Sebaik tiba di Dewan Utama USM dan mendaftar di Pejabat Am PPSKUSM, kami dibawa ke BK 8 untuk ucapan alu-aluan. Selepas itu kami diberi seorang pandu arah, En Syafiq namanya dan mambawa kami ke Pusat Anatomi. Di sini kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Di Pusat Anatomi kami dapat melihat banyak mayat-mayat yang diawet kering atau basah. Ada juga mayat yang dipamerkan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, semuanya ada dan lengkap. dari proses persenyawaan, pembentukan embrio, fetus hingga dilahirkan. Sangat menakjubkan. Kami juga didedahkan bagaimana mayat diawet untuk dijadikan seperti "plastik". Takut tengok tapi nak tengok!.....

                                                    Taklimat di Pusat Genom

Di Pusat Genom juga gambar tidak dibenarkan diambil. Pusat ini merupakan pusat inovasi penyelidikan P&P USM. Kami ditunjukkan bagaimana ujian kariotipe ditentukan. Pusat Genom yang dahulunya dikenali sebagai Unit Genetik Perubatan merupakan pusat yang sangat penting di USM. Sample-sample darah pesakit bukan sahaja terhad dari pesakit HUSM sahaja tapi dari hospital-hospital terdekat.

                                         
                           Nak gi Mydin pula lepas ni.... makan dan membeli belah


                         Perjalanan balik, kat Tok Bali ni............ cantik!


                Tempat cari kepah, ramai pencari kepah mati disedut arus bawah yang kuat.

Lawatan berakhir, sampai diperkarangan sekolah jam 2.30 petang. Terima kasih En Wan Azman dan En Azmi kerana memandu dengan sangat berhemah.

Lain kali kita jalan-jalan lagi.................

Kunjungan Lokman Hakim

Bagai menunggu kepulangan anak sendiri. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami. Mama dan Abah sangat gembira. Walau pun Aiman tak balik, terubat juga rindu dengan kedatangan Lokman.



                                  Bergambar sebelum Lokman Hakim bertolak ke Kota Bharu.

Ahad 13 Mac, Lokman akan kembali semula ke Jakarta. Salam untuk anak mama di sana! Aiman......

Di Bukit Keluang, di pondok yang akan rebah bila-bila masa.
 Napelaa Man, digelapkan gambar tu!

 Aiman (6 dari kiri), Lokman Hakim (4 dari kiri)

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman