KEMATIAN

KEMATIAN
sesuatu yang pasti..
kian hari dilewati....kian dekat 
hari ini (9 Dis 2011/jumaat) jiranku perg i(Pok Jik abg Pok Lani)...Al-Fatehah
 Dalam kehidupan kita:
Dua peristiwa yang dirasai dlm dimensi yang berbeza;
1.. perkahwinan........... betapa berdebarnya menempuh malam perkahwinan.
2.  kematian............ betapa takutnya saat ditinggalkan seorang diri di liang lahat... ditimbus tanah sedikit demi sedikit, kini gelap gelita......... mereka yang menghantar semua pulang... tinggallah seorang diri..menanti dengan TAKUT SEKALI!
YA ALLAH, hambaMu ini sangat takut untuk menghadapi saat itu
YA ALLAH, berikah aku pertunjuk dan hidayahMu agar aku tidak tergolong dalam golongan hambaMu yang lalai.


PENGAKUAN KEMAAFAN DARI BEKAS STUDENT 5SC THN 2006

PENGAKUAN KEMAAFAN DARI BEKAS STUDENT 5SC THN 2006
(Hari ini 19 Oct 2011....... kemaafaan itu datang juga!......apa yang hendak ku kata?...NO COMENT!)

salam rindu buat cikgu Najibah.....
terlebih dhulu sya mohon seribu kemaafan sekiranya msg ini menggangu cg...terdetik hati sya utk menulis sbb terlalu rindukan cg...
2 months at Sek Keb Bohor Mali telah mengajar sya beribu makna sbg seorang guru....satu saat, my little student ask me "sya suka cg ajar sya Sains...dlu cg pon minat sains jgk ke?mak sya ckp kalu kita suka Sains, kita kena suka jgk tok gurunya..barulah berkat.."
kata2 student sya tu wat hati sya tersentuh...kdg2 sya terfikir, adakah cikgu2 sya yg dulu redha dgn apa yg mreka ajarkan pd saya sehingga sya bole mncapai tahap ni skrg...

ckgu...
sya mintk maaf jia selama ini ada buat cg terasa hati..ampunkan sya..sbb sya kejar keberkatan yg ada pada ckgu...u r the best teacher 4 me and the greatest person i have..

ckgu najibah...still remmember this song?
"hari ini kau datang riang..
tersenyum buatku senang..
kau hias..dirimu..
membuat hati bertambah sayang..."
that one is ur feveret song right? =)=)
utk pngetahuan cg, the last day sya di skolah tu, murid Thun 5 nyayikan lagu tu utk sya...terharu sgt ckgu!..not because that
song, but it because of u..sya terus teringatkan ckgu! then i said "kamu ingtkan ckgu kpd seseorng yg ckgu pernah kecilkan hatinya...orang tu ialah cikgu kpd ckgu sndiri.."

pastu mereka nak tahu knapa, maklumlah..budak2 ni dia minat nk dgr kalau kita bercerita (tp belajar x minat)..tp sya x dpt ceritakkan..sbb sya sedih sgt..

ckgu...maafkan sya yea...if one day ckgu tergerak hati nak accept facebook sya, terima kasih sgt sya ucapkan...everyone buat silap..as long as dia sedar dgn silapnya, itu lebh baik sbnrnya..ckgu terimalah silap sya dulu sbg satu pengalaman n pengajaran sya utk jadi lebih matang...
buat angah..
bg sya,apa yg telah terjadi, biarkanlah...terpulang pada dia utk memandang apa yg telah terjadi..sya maafkan jika dia ada wat salah pada sya and i hope he so...ckgu najibah..u r so lucky to have son like him!..
dan skrg ,personally,sya mohon maaf kpd ckgu jika terdapat salah dan silap...

ckgu...sya ada bnda nk bagi kat ckgu...everytme i see her face, it remind me of u..! sya sgt rindu kat ckgu!! muka junior sya ni mcm ckgu.. ♥
her sweet smile, her big eyes, two dimples in her face make me sick! look alike u teacher!
snyumam ckgu akan sya ingt smai bila2.. :):) ckgu tgk laa gmbar ni..sama kan..hehe



salam rindu,
basyira rahman.

Musim Haji 2004 (kenangan menghiris hati)


Lembaian Kaabah datang lagi
rindunya aku untuk ke sana lagi
Ya Allah..........
panjangkanlah umurku......
hambamu ini ingin ke sana lagi
merasai keajaiban malam di Padang Arafah
ingin ku bermunajat sekali lagi di situ..
selagi belum sampai ke hujung nyawa...
Tuhanku.....Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku
dosa-dosa suamiku, kedua-dua ibubapaku
anak-anakku
dan seluruh ahli keluargaku...

Amin.

Memaafkan menenangkan perasaan.

Kuasa maaf sangat tinggi
Memberi kemaafan meleraikan rasa sedih dihati
Memberi kemaafan akan meleraikan kesedihan.
Memberi kemaafan menjadikan hati berbunga seri,,,,,
Maafkan orang yang telah menyakiti hati anda wahai Najibah.......
Telah ku maafkan sebaik sahaja ingin ku lelapkan mata....
Manalah tahu pagi esok tiada lagi mentari untukku.....

Air mata ku menitis lagi.....

Hari-hari berlalu bagaikan dihiris-hiris pilu
jemu menonton lakunan palsu
sakit mataku....
loya mendengar hujah-hujah palsu
sakit telingaku....
sampai bila?...
arggghhhhhhhhhhhhhhhh...........
keluarlah wahai diri
sudah sekian lama kau disini
keluarlah!
...duhai "masa yang ku nanti"
hadirlah segera!
realisasikan hijrahku!

Letih

Aku dah letih....,
kesedihan hatiku tiada siapa yang tahu.
Tolonglah berubah.........
aku dah letih menebalkan mukaku menahan malu.
Tolonglah berubah.......
Jangan biarkan lagi aku menangis lagi di khalayak kerana keegoanmu....
sungguh!
letihku sudah maksima............
tangisanku hari tu adalah yang pertama dan terakhir!
aku tidak bergurau
sungguh!
aku tidak bergurau!

Aidil Fitri 2011

Aidil Fitri 2011......... ada suka ada pilu, berderai juga si air mata. mana mungkin hati ibu tidak sayu apabila melihat kesayuan di hati anakanda. Gambar ini hanya lakonan, si ibu dan salah seorang si anak tahu malam Aidil Fitri ada tangis sayu.... anakku, janganlah menangis lagi didepan ibu............... sayu sungguh hati ibu...

Hantar adik ke Jakarta

30 Ogos 2008, jam 4 pagi bertolak dari Shah Alam ke KLIA, adik kena 'check in' jam 5.00 pagi. Bila kami sampai di KLIA, dah ramai kawan-kawan adik yang dah sampai. Sedih saat-saat perpisahan ini kerana lusa, permulaan puasa. Ini bermakna adik akan berpuasa dirantau orang.

mendengar taklimat terakhir dari pihak MARA

Keresahan di hari ini tak dapat di suratkan dengan kata-kata, tersirat teguh di sanubari, Hanya ku mampu, setiap masa iringi doa agar adik dan kawan-kawannya berjaya menyesuaikan diri di sana dan dapat belajar dengan sempurna. Sesungguhnya di ketika ini mereka semua tersangat penat, baharu saja menamatkan kursus di BTN untuk student yang akan keluar negara, uruskan VISA dan terbang....

..check in..


saat-saat sebelum berpisah

'selamat jalan dik dan rakan-rakan....'

Abah, mama, Abe & kak long, angah dan semua anggota keluarga mendoakan adik selamat di sana, sentiasa sihat dan dapat belajar dengan sempurna. insyaAllah akan balik ke Malaysia sebagai seorang doktor.


Ekspresi wajah

Dalam menjalankan tugas, kesedihan adalah lumrah. Banyak cabang kesedihan, sedih dengan kerenah rakan-rakan sekerja, sedih kerana sikap anak-anak didik, sedih dengan kesediaan diri untuk bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan sedih dengan kenangan silam yang meruntun jiwa.
Apalah yang ada pada kesedihan itu. Jika kita renung pantai, ombak yang datang silih berganti, seolah-olah tiada henti. Pasang surut kehidupan, terjelma indah saat kita melihat ombak dan pantai. 
Begitu juga dengan putaran alam, terbit dan terbenamnya matahari, perubahan bentuk bulan daripada anak bulan ke bentuk bulan sabit dan lengkap menjadi bulan purnama, tetap dan akan terus berlaku tanpa henti, hingga ke hujung usia alam ini. Tiada siapa yang akan dapat menghentikannya kecuali takhdir Allah s.w.t.
Kehidupan kita akan berjalan terus samada kita cuba menolak atau melawannya. Menolak kehidupan yang dinamik seolah-olah melawan takhdir Allah terhadap diri kita. Pada saat takhdir menerpa kita tiada daya menepisnya, ketika takhdir menjelma kita tidak mampu menolaknya.
Oleh sebab itu, kita harus berjalan seiring dan sejajar dengan kehidupan yang dinamik. Semua yang ada di alam ini, setiap hari mengalami perubahan. Jika diri kita tidak dinamik, tiada peningkatan dan kekal statik, maka kitalah yang akan rugi dan hancur dimamah usia.
Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Hasan al-Basri;
"sesiapa yang mengyamakan dua harinya, maka dia adalah orang yang paling tertipu, jika hari ini lebih baik dari semalam, maka beruntunglah tetapi jika semalamnya lebih baik dari hari ini, maka mati adalah lebih utama buatnya"
Kelmarin yang penuh duka dan luka biarkan berlalu, jangan diratapi berterusan ke hari esok. Life should go on. Kehidupan perlu diteruskan tanpa henti.

hari ini... 12 jun 2011

Sesi persekolahan penggal kedua dibuka.... berucap di majlis perhimpunan. Pembahagian hadiah sempena Kem Kecemerlangan Pra Elit SPM semasa cuti.
Hari ini............ anak-anak bergerak ke kuantan, pulang kerana percutian telah tamat. Firas dan Hakim tiada lagi disisiku. Berkaca di mataku apabila pulang dari sekolah.... mereka telah tiada....sedih, pilu, sunyi.. itulah cebisanm rasa dihati seorang ibu dan nenek. Inilah rencana hidup... kesinambungan hayat.

Terbayang juga wajah bibik Nur Asma..... meruntun hatiku melihat kepayahannya mencari rezeki disini. Asma seorang yang taat beragama. Doaku agar dia menjaga cucu2 ku dengan baik dan sempurna. Apa yang paling ku suka, alunan zikirnya semasa mendodoikan Hakim. Lemak, merdu dan terasa nyaman sangat.... sekejap je hakim akan terus terlena..... Asma yang berasal dari Aceh, 3 ahli keluarganya mati kerana tsunami. Mencari rezeki di sini selepas ditinggalkan suami, ada anak lelaki berusia 3 setengah tahun, dijaga kakaknya. Katanya, duit yang dikumpul selama 2 tahun ini untuk membuat rumah dan tabungan pelajaran anak. Katanya rumahnya nanti, memadai beli batang pokok nibung kerana harganya murah..... Bibik Asma yang begitu suka makan ulam pucuk ubi cicah sambal belacan......

TELEKOM

Saja tulis untuk suka-suka, nak lepaskan rasa terkilan yang ku pendam. 11 Mac 2011.... talian telepon & streamyx ke rumahku terputus, kabel dicuri sejauh 400 meter. Hari ni 11 Jun 2011, talian telepon ke rumahku kembali pulih. Tiga bulan, entah berapa panggilan aduan kerosakan ke Pusat TELEKOM di KL, entah berapa kali aduan ku buat di Pusat TELEKOM Jertih............... aaahhhhhh...... "semuanya bagai melepaskan batuk di tangga!!!"........akhirnya aku hilang sabar, setelah terlalu banyak ku bazirkan duit untuk membuat aduan ke KL....... maka ?????????????????? (barulah mereka membuat tindakan drastik.... 2 hari siap!..... Terima kasih untuk Che Mat dan adik  ?...... yang bertungkus lumus untuk pulihkan talian telepon dan streamyx tu, budi kalian tetapku kenang... (HARI INI DALAM SEJARAH)

iphone4

tercapai jua hasratku nak pakai iphone.....alhamdulillah......

Kem Pembestarian Insan Pelajar Tg 5S1, 5S2, 3KRK dan 3 STAR

Khamis 21 April 2011, bermula kem Pembestarian Insan anjuran Projek SPM dan Panitia Pendidikan Islam untuk pelajar cemerlang bagi persediaan jiwa ke arah peperiksaan PMR dan SPM 2011
 Program dirasmikan oleh Tuan Haji Romeli B Abd Rahman, pengetua SMK Nasiruddin Shah, bertempat di Dewan Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu.


Perasmian oleh Tn Pengetua



Penyerahan bahan kem kepada mento, Tn Hj Termezi Jusoh (GPKP SMKNS)

                                     'Ice breaking" pimpinan En Asmawi (kaunselor)

                                    Mente-mente ku yang kesedihan selepas 'ice breaking'

Ucapan 'birthday' yang mencuit rasa..

...dalam bait-bait kalimah Ar-Rahman, ku sampaikan kata rindu buat cikguku yang satu ini,
moga jalannya tidak berliku,
moga pilunya terubat selalu,
moga letihnya dibayar bertalu dengan nikmat di sisiMU.
Ya Allah, jagalah insan ini sebaiknya,
jagalah dan suburkanlah rindunya kepadaMU,
maka.............insyaAllah, aku akan terus merindui dia...
Selamat Hari Lahir Cikgu! Moga hari mu dipenuhi barakah dan rahmat ALLAH.
Moga dipanjangkan umur aga dapat mengabdikan kehidupan hidupmu hanya pada Allah.
Moga diberi segala kebahagiaan untukmu..........Happy birthday!....
.....dari safiera, tg 5sc1 2010/smkns (pelajar SPM 2010 yang memperolehi 10A)
                                          Nur Safiera binti Abdul Manaf

TUHAN, INI SAHABATKU..................

 TUHAN, INI SAHABATKU 
(sebuah sajak dari kumpulan sajak - disini tempatnya jauh)

 Karya: Lim Swee Tin
(diterbitkan disini dengan izinnya)
..terima kasih prof!...

yang menemukan kita sekira-kiraku dunia fikirlah,
aku yang seringkali menyongsongi edar waktu, maka
asyiklah sungguh melihat alun tari mindamu
geraknya berbeza, pautannya pun berlainan kerangka
konvensional ini membosankan kaujemu bilah-bilah 
jalinannya.
hei...., si penggeledah akal yang tekun
ingin lagi kulihat lapis-lapis hujah
tajammu
tak menjadi soal
selirat sempadan lama dirombak
tembok purba kau runtuhkan
dalil-dalil itu kautambatkan pada pancangnya kejap
ruang sempit kausaujanakan
Tuhan, ini sahabatku
mengenalnya satu keberuntungan
berilah ia sebesar-besar rahmat-Mu
menjadi sahabatnya adalah takhdir
amat menakjubkan.


Sajak ini ku dedikasikan untuk SAHABATKU.


                                
                           Bersama Prof Dr Lim Swee Tin di suatu majlis










HABITS

NAJIBAH DEAR........
Its hard to break habits...
Make changes one at the time, as you adjust to those changes, continue on making changes.....

Perpisahan... bertemu dan berpisah lumrah hidup

6 April 2011
Majlis Jasamu di kenang dedikasi khas untuk bekas GPKP SMKNS En Shafii Bin Yaacob.
Sejak tahun 2000 bertugas bersama, dalam satu projek akademik Projek SPM. Banyak suka duka, bergaduh, berselisih pendapat..... berdiam diri berhari-hari tanpa hubungan komunikasi fizikal......, kecil hati, terguris hati, menangis keseorangan .... itulah perjalanan dalam kamus hidupku sepanjang berkerja bersamanya. Tegurannya yang PEDAS, PEDIH masih terpahat diingatan. Teguran itulah yg membina diriku menjadi seperti diriku hari ini. Disebalik rasa marah, kecewa terselit rasa sayang yang sangat mendalam. Sayang kerana kecaknaannya terhadap diriku.


Minggu-minggu terakhir adalah hari-hari yang menyedihkan. Sudah lumrah hidup, yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti..... tapi yang ganti tak kan sama yang hilang. Semuanya tinggal kenangan. Terima kasih kepada cg ei yang banyak membentuk diriku...


Malamnya bersama Cg ei makan-makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Tok Bali..... jamuan ditaja oleh cg ei. Terima kasih kerana aku antara 14 orang tetamu yang diundang

PERHATIKANLAH KEINDAHAN ALAM SEMESTA

                   Pantai Bukit Keluang Besut. (Gambar ehsan Lokman Hakim 4 Mac 2011)

Hati menjadi lapang dan tenang apabila merenung keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. Melihat serta menikmati lautan luas terbentang ini. Allah telah berfirman mengenai ciptaan-Nya itu:
              "lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpandangan indah"
(Surah An-Naml: 60)

      "Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah maka cubalah kamu tunjukkan kepada-Ku adakah yang telah       diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripada-Nya (yang kamu sembah itu)"
(Surah Luqman: 11)

"katakanlah:"perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(Surah Yunus: 101)

Jauh mata memandang........ tersirat rahsia Allah yang sangat besar di sana.
(Gambar diambil oleh Lukman Hakim pada pagi 4 Mac 2011 di Bukit Keluang Besut)

Einstein pernah berkata bahawa sesiapapun yang memerhatikan alam semesta dengan saksama, akan tahu bahawa yang menjadikannya adalah Zat Yang Maha Bijaksana, dan dengan perhitungan:

"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu yang Dia ciptkan sebaik-baiknya"
(Surah As-Sajdah: 7)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?"
(Surah Al_Mukminun: 115)

Ayat tersebut mengandungi pengertian bahawa semua penciptaan dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dengan hikmah, kerapian dan keteraturan. Siapa pun yang melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan tiap-tiap sesuatu dengan tidak main-main. Dia Maha Agung dan Maha Mulia.
                         Mentari diufuk timur, terbit di awal pagi 3 Mac 2011, (dari LCCT ke LT Sultan Mahmud, KT). Gambar ehsan Lukman Hakim




Lawatan ke Pusat Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian

Pelajar biologi tg 4 dan 5 seramai 38 orang bertolak dari SMKNS jam 7.23 pagi. Lama tak keluar jalan-jalan dengan student, sangat seronok rasanya melayan telatah mereka. Kami telah menyewa bas SMK Tengku Mahmud, bas JPNT. SMKTM diperuntukkan bas kerana sekolah kluster. 
 Taklimat oleh Doktor Siti Mahanum. (gambar diambil dengan izin)

Sebaik tiba di Dewan Utama USM dan mendaftar di Pejabat Am PPSKUSM, kami dibawa ke BK 8 untuk ucapan alu-aluan. Selepas itu kami diberi seorang pandu arah, En Syafiq namanya dan mambawa kami ke Pusat Anatomi. Di sini kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Di Pusat Anatomi kami dapat melihat banyak mayat-mayat yang diawet kering atau basah. Ada juga mayat yang dipamerkan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, semuanya ada dan lengkap. dari proses persenyawaan, pembentukan embrio, fetus hingga dilahirkan. Sangat menakjubkan. Kami juga didedahkan bagaimana mayat diawet untuk dijadikan seperti "plastik". Takut tengok tapi nak tengok!.....

                                                    Taklimat di Pusat Genom

Di Pusat Genom juga gambar tidak dibenarkan diambil. Pusat ini merupakan pusat inovasi penyelidikan P&P USM. Kami ditunjukkan bagaimana ujian kariotipe ditentukan. Pusat Genom yang dahulunya dikenali sebagai Unit Genetik Perubatan merupakan pusat yang sangat penting di USM. Sample-sample darah pesakit bukan sahaja terhad dari pesakit HUSM sahaja tapi dari hospital-hospital terdekat.

                                         
                           Nak gi Mydin pula lepas ni.... makan dan membeli belah


                         Perjalanan balik, kat Tok Bali ni............ cantik!


                Tempat cari kepah, ramai pencari kepah mati disedut arus bawah yang kuat.

Lawatan berakhir, sampai diperkarangan sekolah jam 2.30 petang. Terima kasih En Wan Azman dan En Azmi kerana memandu dengan sangat berhemah.

Lain kali kita jalan-jalan lagi.................

Kunjungan Lokman Hakim

Bagai menunggu kepulangan anak sendiri. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami. Mama dan Abah sangat gembira. Walau pun Aiman tak balik, terubat juga rindu dengan kedatangan Lokman.



                                  Bergambar sebelum Lokman Hakim bertolak ke Kota Bharu.

Ahad 13 Mac, Lokman akan kembali semula ke Jakarta. Salam untuk anak mama di sana! Aiman......

Di Bukit Keluang, di pondok yang akan rebah bila-bila masa.
 Napelaa Man, digelapkan gambar tu!

 Aiman (6 dari kiri), Lokman Hakim (4 dari kiri)

Olahraga SMKNS ke 29 - 22 hingga 23 Februari 2011

                   Perbarisan Perasmian Pembukaan - Rumah Merah (Tun Tuah)

Rasanya sudah lama SMKNS tidak mengadakan Sukan Olahraga. Masalah padang yang dinaik taraf. Tahun ini, buat kali ke 29 berlakulah kejohanan tersebut. Meriah dua hari berturut-turut kami ditemani hujan renyai-renyai sekali sekala lebat.
                                      Rumah Kuning (Tun Perak)

                              Rumah Hijau (Johan Perbarisan) (Tun Seri Lanang)
       Diriku sentiasa dapatan tugasan ni..... "Data dan Statistik" sepanjang olahraga....

Majlis penutup dirasmikan oleh Tn Pengawai Pendidikan Daerah Besut, Tn Haji Baharudin Ibrahim A.M.N. Tamat jam 5 petang.....

KISAH PILU meruntun hati... HUSM hari ni 21 Feb 2011

KISAH PILU meruntun hati.... HUSM hari ini 21 Feb 2011

by Najibah Mamat on Monday, February 21, 2011 at 7:40pm
 
HUSM hari ini, cerita benar utk dikongsi: Berjumpa pesakit senasib, (pertama kali jumpanya di sini). Sambil berbicara hal anak2, maka berceritalah, dia bersara awal krn mjaga 2 org anak OKU. (2 org anak terdahulu, kembar, telah meninggal selepas dilahirkan) Nurul dan Eki namanya. Nurul meninggal semasa usia 7 tahun, 4 tahun kemudian Eki pula menyusul. Kisahnya: mlm pertama selepas arwah nurul disemadikan, Eki bermimpi nampak kakaknya dibawa oleh "orang yg sgt ramai" naik ke langkit melalui kuburnya, esoknya Eki bertanya mamanya, "org dah mati naik ke langit ya?" dan meminta dibawa ke kubur arwah kakaknya. Dia sgt pelik bila didapati kubur arwah kakaknya tidak berlubang dan bertanya mamanya kenapa mlm tadi berlubang?
Saat terakhir Eki sentiasa bercakap ketika tidur seolah sdg bercakap dgn arwah kakaknya... katanya eki akan ikut kakak, ........ (telah dirakam oleh abang sulungnya...dan rakaman itu masih ada hingga kini....) Bertuahnya rakan baru ku tadi..... 4 saham akhirat untuknya... 4 anak yg masih putih bersih sdg menunggunya..... (terkedu diriku.... dan tanpa disedari air mata menitis.... begitu tinggi tahap kesabaran kawan baruku tadi....)

FIras dan Hakim

Firas Al-Aliuddin bin Zuelfakhar Al-Bukhary, lahir pada 2 Ogos 2009 di HUSM Kota Bharu secara pembedahan. Cucu pertamaku yang comel. Sempat menjaganya selamat 4 bulan, dari merangkak hingga pandai berlari. Di ruang rumahku ternampak-nampak wajah dan perlakuannya. Sungguh!..... aku sangat rindu padanya.
3 bulan


3 bulan


13 bulan

13 bulan


KLCC dis 2010

Muhammad AL-Hakim lahir pada 2 September 2010. Cucu ke-2, lelaki juga. Alhamdulillah, suka melihat mereka membesar di depan mata. Juga dilahirkan secara pembedahan di Kuantan Medical Centre.
2 bulan


di ribaan daddynya....


bersama mummy


Pengajaran pada diri di awal januari 2011

Pedih, perit tapi tetap redha..........ahh biarkan mereka menyiksa diriku, tak pa. (memujuk diri).
Petikan dari sebuah buku;
" Wahai manusia, ingatlah bahawa;
selepas lapar ada kenyang..
selepas haus ada kepuasan..
selepas berjaga malam ada tidur lena..
selepas sakit ada kesembuhan...
selepas mati akan dibangkitkan semula.

tiap-tiap yang hilang pasti ditemui,
dalam kesesatan datang petunjuk
dalam kesusahan ada kemudahan
selepas kegelapan akan muncul sinar terang".

maka.... janganlah bersedih duhai diriku...

Berbuat baik dapat menyejukkan jiwa

Kebaikan itu sebaik namanya...
Keramahan itu seramah wajahnya...
Keikhlasan itu sesuci rupanya.

Dan orang yang mula-mula mendapat manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya.Merekalah yang akan merasa hasilnya serta merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka menjadikan mereka sentiasa berlapang dada, tenang tenteram dan damai.
Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan dapat ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berikan makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup..............'petikan dari buku...'dont be sad....

Inilah hari kepunyaan anda

Apabila tiba hari pagi janganlah menunggu hari petang. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, INILAH HARI ANDA...

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman